Jumat, 28 Februari 2014

Neelofa Jadi Penyanyi Bukan Kerana Tamak





KUALA LUMPUR: Tindakan aktres Neelofa melebarkan sayap ke bidang nyanyian bukan kerana dia bersikap tamak dan gelojoh untuk mencuba pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, sebagai pendatang baru yang masih mengenal pasti kekuatannya dalam bidang seni, dia menganggap tawaran daripada Tune Music itu peluang baik untuk mengembangkan kerjayanya.
“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan.
“Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,” katanya.
Selain Neelofa, label muzik di bawah syarikat penerbangan AirAsia itu difahamkan turut membariskan Maya Karin dan Aizat Amdan.
Neelofa berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran itu dan bersetuju untuk memeterai perjanjian selepas melihat ruang dan potensi yang menantinya kelak.
“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia.
“Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini,” katanya yang masih belum dimaklumkan mengenai butiran konsep muzik yang bakal dipertaruhkan nanti.
Mengenai Lebaran tahun ini, pengacara Nona ini berkata, dia pulang berhari raya di Pasir Mas, Kelantan selama 10 hari sejak 17 Ogos lalu.
“Mulai hari ini (Isnin) saya akan menyambung semula penggambaran bagi menghabiskan baki drama bersiri Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima yang kini disiarkan di TV3.
“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan komitmen pengacaraan dan siri jelajah selepas menjadi duta beberapa produk,” katanya yang akan membintangi filem adaptasi novel Ahadiat Akashah berjudul Pilot Cafe bermula Oktober depan.

Sumber : Mstar Online
ReadFull Article ..

Kamis, 27 Februari 2014

Cara Lajukan Broadband Internet Anda


Sambungan Internet terutamanya Broadband Internet yang pantas, laju dan stabil merupakan satu keutamaan pada masa kini. Semakin maju negara, semakin pesat lah perkembangan teknologinya.


cara melajukan internet,tutorial lajukan internet,cara melajukan broadband,cara melajukan komputer,cara melajukan broadband maxis

Jadi, pernah kah korang terfikir bahawa sambungan internet broadband yang anda guna sekarang boleh dilajukan dan dimaksimakan penggunaannya ? Kalau korang pernah terfikir namun tidak mengetahui caranya, pasti tidak guna juga bukan? Jadi disini SK ingin berkongsi lagi satu Cara Lajukan Broadband Internet Anda.

cara melajukan internet,tutorial lajukan internet,cara melajukan broadband,cara melajukan komputer,cara melajukan broadband maxis
Sebelum Guna Software Melajukan Broadband
Setelah menggunakan teknik ini, kelajuan Internet Download Manager boleh mencecah sehingga 270KB/sec sedangkan sebelum ini cuma 100KB/sec sahaja. Agak laju juga lah jika dibandingkan dengan sebelum ini..

software melajukan internet,software untuk melajukan internet,software melajukan broadband,cara melajukan broadband internet
Selepas Guna Software Melajukan Broadband

Cara-cara untuk melajukan broadband korang.

A. Download software untuk melajukan broadband anda disini >> Software Melajukan Broadband Internet [Tekan button "Skip" di penjuru kanan atas]

B. Extract software tersebut dimana-mana folder yang anda suka.

C. Klik software tersebut sehingga muncul paparan seperti dibawah. Pengguna Windows 7, sila right klik pada software tersebut dan pilih run as administrator.

software melajukan internet,software untuk melajukan internet,software melajukan broadband,cara melajukan broadband internet
Software Melajukan Internet
1. Setelah software tersebut di buka, pada tab Connection Speed, setkan nilai kepada 100+Mbps

2. Setkan Network Adapter Selection korang kepada connection yang korang guna. [Pilih yang seperti dalam gambar]

3. Pada tab Choose Setting, pilih "Custom" sehingga tab MTU boleh diedit

4. Setkan nilai 1440 di kotak MTU seperti dalam gambar diatas.

5. Tick menu "Optimal" di Choose Setting dan klik "Apply Changes"

6. Apabila keluar satu windows yang baru, klik "OK"

7. Restart PC/Laptop anda.

8. Selesai. Internet anda akan semakin laju. Insyaallah.

Kalau tutorial ini berjaya korang maklumkan lah disini ok. Sebab member SK sudahpun cuba trik ini dan alhamdullilah ianya menjadi. Itu sahaja untuk hari ini. Selamat mencuba :)

P/S : Always "tick" button backup ok. Kalau tambah penggunaan VPN mesti lagi laju ni.

ReadFull Article ..

Rabu, 26 Februari 2014

Luahan Hati Tokoh Korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim Yang Kehilangan Anaknya…


KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

….this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah…

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

- SINAR HARIAN
ReadFull Article ..

Selasa, 25 Februari 2014

Peristiwa 20 April Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Assalamualaikum WBT,
Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.
Sepengetahuan umum, cheGuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.
Ternyata cheGuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah perdindihan telah pun selesai.

Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008... Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!

Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk cheGuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak... Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika cheGuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya cheGuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul cheGuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi cheGuBard, cuba memperlihatkan kedudukan cheGuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya...

Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi cheGuBard. Rumah kedua cheGuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua cheGuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan cheGuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti cheGuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan cheGuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.

InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada cheGuBard yang menjadi calon pilihan. cheGuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh cheGuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.

Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.

Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.

Sekian Analisa saya 20 April 2013...

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
ReadFull Article ..

Senin, 24 Februari 2014

Gambar Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor 25 Julai 2013


Gambar penemuan buaya gergasi mati di Kuala Selangor pada 25 Julai 2013. Menurut penduduk di kampung berkenaan, berbuaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan Kren pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk. Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

Gambar Penemuan Buaya Gergasi Kuala Selangor

buaya gergasi2buaya3 

buaya4
buaya gergasi

sumber


ReadFull Article ..

Minggu, 23 Februari 2014

Peguam Negara Arah Polis Buka Semula Siasatan Kes Rogol Nor Fazira Dan Mohd Fahmi


KUALA LUMPUR – Polis akan membuka semula siasatan tentang kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) hari ini.

Beliau berkata, gadia remaja itu membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013.

Katanya dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya.

“Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.

“Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis,” kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya hari ini.

“Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong,” katanya.

Laporan media mengatakan perkahwinan remaja 19 tahun itu kepada Mohd Fahmi berlangsung pada 17 November 2013, setelah Mahkamah Syariah Kulim memberi kebenaran kerana beliau masih lagi di bawah umur.

Pada mulanya bapanya bersetuju akan perkahwinan itu untuk menutup aib.

Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dan dakwaan bahawa Mohd Fahmi dan dua rakannya telah merogolnya empat bulan sebelum berkahwin.

Suspek kedua Mohd Fahmi, telah dibebaskan atas dakwaan pendakwa raya pada masa itu berikut beberapa alasan, menurut Abdul Gani.

Abdul Gani berkata, polis telah menyerahkan fail siasatan di mana hanya terdapat empat penyataan daripada Nor Fazira Saad, ibu saudara kepada mangsa dan doktor yang memeriksa mangsa.

“Saya telah bertemu dengan polis pagi ini dan telah memberikan arahan baru untuk siasatan dan telah memberitahu apa yang saya perlukan. Ini termasuk penyataan lain,” kata Abdul Gani.

“Saya masih belum memberi sebarang kenyataan sebelum ini walaupun dengan publisiti yang diberikan media sosial dan media arus perdana kerana saya mahu menyelidiki fail itu terlebih dahulu dan mahu memahami fakta.”

Apa yang dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar bukanlah apa yang pendakwa raya akan bawa pada mahkamah, menurut Abdul Gani, itu adalah isi kandungan fail siasatan.

“Saya telah memberikan polis tempoh masa seminggu untuk mendapatkan maklumat tambahan yang saya cari. Kemudian saya akan selidiki pencarian siasatan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Abdul Gani juga mendedahkan bahawa dia telah menambah arahan kepada polis bahawa sebarang tarikh dakwaan rogol harus dirujuk kepada ibu pejabat.

Media melaporkan minggu lepas bapa remaja perempuan itu telah membolehkan anaknya untuk mengahwini Mohd Fahmi oleh kerana bapa remaja lelaki tersebut telah memohon agar dakwaan rogol itu ditarik.

Setelah melawat bapanya lima malam berturu-turut, ibubapa Mohd Fahmi berjaya meyakinkan bapanya untuk menarik balik laporan polis itu dan bersetuju akan perkahwinan anaknya itu.

Tetapi sesudah berkahwin, situasi menjadi lebih teruk lagi apabila perempuan itu menerima deraan daripada mertuanya di Padang Serai.

Bapanya memberitahu media bahawa ibu bapa Mohd Fahmi tidak pernah menyukai Nor Fazira dan hanya mahukan perkahwinan itu berlangsung agar anaknya tidak dilaporkan merogol. – Malaysian Insider
ReadFull Article ..

Sabtu, 22 Februari 2014

Kenduri Saji Lauk Basi


Kenduri Saji Lauk Basi
Kenduri Saji Lauk Basi - BALIK PULAU : Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. – Kosmo
ReadFull Article ..

Jumat, 21 Februari 2014

Kerajaan Mahu Proton Dan Perodua Jadi Rakan Kongsi


Kerajaan mahu dua syarikat automobil negara Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Proton Holding Bhd (Proton) menjadi rakan perkongsian strategik dan tidak bergabung dalam memasarkan kenderaan keluaran mereka.

“Pada Julai 2010, terdapat cadangan untuk menggabungkan mereka tetapi sembilan bulan selepas itu, kerajaan membuat keputusan bahawa kedua-dua syarikat itu tidak boleh dipaksa untuk bergabung,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam Sidang Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan masa depan kedua-dua syarikat itu.

Mustapa berkata menjelang akhir tahun ini kerajaan akan memperkenal polisi baru automotif untuk membantu Proton dan Perodua bersaing di peringkat global.

“Kita tidak boleh memaksa pengguna membeli jenama kereta tertentu, tetapi mereka perlu diyakinkan dengan harga yang lebih kompetetif dan kualiti yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, nilai pasaran dikongsi Proton di negara ini suatu ketika dulu mencecah 70 peratus tetapi kini menurun kepada hanya 24 peratus, sementara nilai dikongsi Perodua ialah 34 peratus.

“Perkembangan ini menunjukkan persaingan kedua-dua syarikat semakin meningkat. Apabila kedua-dua syarikat boleh menerima perkembangan ini, mereka bersaing dengan memperkenalkan pembaharuan dan pembaikan untuk kebaikan pengguna,” katanya.

Beliau berkata terdapat penurunan pada harga jualan kereta di negara ini ekoran syarikat pengeluar kereta lain kini menggunakan lebih banyak alat ganti keluaran tempatan serta memberikan rebat dan harga promosi untuk memasarkan kereta keluaran mereka.

Katanya, pengeluar kereta seperti Perodua, Proton, Mazda dan Honda sudah pun menurunkan harga kereta keluaran mereka antara empat dan 17 peratus.

Sumber : The Malaysian Insider
ReadFull Article ..

Kamis, 20 Februari 2014

Subhanallah! Kembar Luar Biasa Ini Berkongsi Minda


Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam. 


Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka. 

Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex. 

Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain. 

Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi whoa jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus. 

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." SUMBER

ReadFull Article ..

Rabu, 19 Februari 2014

Generasi terbaru Nokia Lumia

Jajaran Lumia generasi masa depan kami disertai lensa unik yang memungkinkan Anda memotret serangkaian foto dengan sekali klik. Anda dapat menggabungkan senyuman, mengedit gambar, dan menyempurnakannya dalam sekejap untuk membuat bidikan sempurna yang tidak pernah terjadi.Setelah selesai, upload langsung tinjauan bidikan Anda untuk dilihat oleh teman-teman.
 
ReadFull Article ..

Selasa, 18 Februari 2014

EPL Swansea Ikat Liverpool 2 2


LIVERPOOL gagal meneruskan rekod kemenangan bersih mereka pada tiga aksi terdahulu apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Swansea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Namun satu mata yang dikutip itu sudah cukup untuk membolehkan Liverpool merampas kembali kedudukan tangga teratas liga yang dihuni seketika Arsenal dan Tottenham selama dua hari.

Selepas empat perlawanan, Liverpool kini mengumpul 10 mata diikuti Arsenal dan Tottenham 9 mata serta Manchester City, Manchester United, Chelsea, Stoke dan Newcastle dengan 7 mata.

Di Stadium Liberty, awal pagi tadi, tuan rumah Swansea mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Jonjo Shelvey, namun hanya selang dua minit kemudian Liverpool berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Daniel Sturridge.

Liverpool mendahului 2-1 menerusi jaringan Victor Moses pada minit ke-36 tetapi Michu memastikan pelawat tidak pulang dengan mata penuh apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 buat Swansea pada minit ke-64.

Kesemua empat jaringan melibatkan Shelvey, bekas pemain Liverpool. Biarpun dia berjaya meletakkan Swansea di hadapan, kesilapan Shelvey menjadi punca kedua-dua jaringan pelawat. Mujur hantarannya pada minit ke-64 mengtinjauankan jaringan penyamaan Swansea.
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

10 Hadiah Termahal di Dunia

Cinta  telah membuat dunia terus berputar; cinta juga membuat Anda memberikan hadiah yang paling boros kepada seseorang yang anda cintai,bisa jadi pasangan Anda, teman Anda, anak anda atau orang tua. Orang cenderung untuk menghabiskan lebih untuk membeli hadiah untuk orang yang mereka cintai. Sejarah adalah saksi akan fakta ini. Berikut adalah daftarhadiah yang paling mahal di dunia, dari yang paling mahal sampai yang paling mahal.

10. Tas Victoria Beckham 
David Beckham telah memberikan hadiah Victoria Beckham tas bertahtakan berlian  yang langka yang hanya tiga dibuat dalam setahun. Himalayan Silver, sebutan untuk tas tangan ini, adalah hadiah Natal dari David Beckham untuk istri tercinta.Tas terbuat dari kulit buaya putih halus dan memiliki berlian 3 karat pada kuncinya. Victoria Beckham punya beberapa tas tangan yang dibuat desainer berbakat hadiah suaminya, total nilai lebih dari USD $ 3 juta.
Harga: 1 tas Beckham sekitar USD $ 129.000, / Rp. 1,16 Milyar

9. Cincin Tunangan Beth Ostrosky dari Howard Stern 

Sirius radio Howard Stern Hobby Stern merancang 5.2 karat cincin pertunangan dari zamrud  yang dia berikan untuk pacarnya Beth Ostrosky pada Hari Valentine 2007. Pasangan itu menikah pada tanggal 3 Oktober 2008.Cincin Ostrosky baru-baru ini menjadi peringkat ke 2 di daftar cincin pertunangan selebriti terbesar, dengan posisi nomor 1 diambil oleh cincin berkilauan 6-karat Rebecca Romijn yang dihadiahkan oleh aktor Jerry OConnell.
Harga: Cincin ini bernilai lebih dari $ 250.000.

8. Hadiah dari Raja Abdullah untuk Obama 
Raja Arab Saudi Abdullah membuat menunjukkan kerjasama dan elegansi dengan menganugerahkan senilai USD 300.000 atas Presiden AS Barack Obama , berupa prhiasan buku langka dan item lainnya, selama tahun pertama kepresidenan.Ini hadiah pangeran melebihi batas-batas normal kesopanan. Hal ini dianggap sebagai hadiah paling mahal yang diberikan oleh satu penguasa ke Penguasa lain dalam masa-masa kini.
Diantara hadiah yang murah hati ini adalah satu set permata mewah senilai US $ 190.000, yang meliputi batu Ruby ??dan perhiasan berlian, senilai USD 132.000 terpisah.
hadiah lain dari Raja Abdullah merupakan ornamen marmer dihiasi dengan miniatur pohon-pohon palem dan unta dari emas, anting-anting berlian untuk putri Presiden senilai $ 7000 masing-masing, dan jam kuningan Jaeger-LeCoultre.
Harga : Nilai total semua hadiah dari Raja Abdullah untuk Presiden Obama, istri Obama dan dua anak perempuannya adalah lebih dari 300.000 USD dolar.

7. Patung Liberty
Patung Liberty yang berdiri sebagai rambu menyambut di tepi New York memperingati persahabatan antara Prancis dan Amerika.Dirancang oleh desainer terkemuka Bartholdi, Patung Liberty setinggi 151 meter, dan berdiri untuk kemerdekaan, keadilan dan kebebasan.Patung itu hadiah untuk Amerika Serikat dari rakyat Perancis.Angka ini merupakan Libertas, dewi kebebasan bangsa Romawi bantalan obor dan sebuah tablet batu yang menggambarkan Deklarasi Kemerdekaan Amerika tertulis. Sebuah rantai putus terletak di kakinya, yang menunjukkan pemecahan rantai perbudakan dan penaklukan.
Harga : Biaya pembangunannya US $ 530.300 . Biaya dasar sekitar $ 280.000, yang sebagian besar disumbangkan oleh publik Amerika.

6. Permata Taylor-Burton
Elizabeth Taylor diberi banyak hadiah mahal oleh mantan suaminya Richard Burton.Namun, pada tahun 1972, Burton mendapat hadiah ulang tahunnya ke-40 yang melampaui semua karunia yang lain. Berlian berbentuk buah pir 69,42 karat yang berasal dari batu kasar yang ditemukan di Afrika Selatan. Cartier menghargai perhiasan berlian ini sebesar USD $ 1.050.000. Berlian "Taylor-Burton" itu ditampilkan oleh Cartier di New York dan Chicago bahkan setelah itu dijual kepada Burton. Elizabeth Taylor melelang berlian itu seharga USD 5 juta pada tahun 1978. Nilai berlian itu kini belum diketahui.
Harga : Berlian Burton Taylor  lebih dari USD 5  juta $.

5. Cincin Beyonce Knowles

Penyanyi Beyonce Knowles menerima berlian menakjubkan tanpa cacat 18-karat ditempatkan dalam platinum, saat ini bernilai lebih dari $ 5 juta.Dirancang oleh  Lorraine Schwartz, cincin ini merupakan salah satu dari jenis yang telah diasuransikan atas jumlah yang sama.Perancang yang sama telah menciptakan rancangan untuk Christina Aguilera, Jessica Simpson dan Jennifer Lopez. Namun Beyonce, juga memiliki cincin imitasi seharga $ 5.000 yang dia pakai di publik, untuk keselamatan.
Harga : Rapper Jay-Z membayar 5 juta dolar USD untuk berlian-18 karat untuk istrinya Beyonce 

4. Patung Roman Abramovich
Salah satu orang terkaya di dunia, Roman Abramovich membayar sekitar $ 14.000.000 pada sebuah patung perunggu untuk pacarnya.patung ini dibuat oleh pematung Swiss Alberto Giacometti dan disebut "Femme de Venise". Selain itu, miliarder ini juga  telah menghabiskan $ 60 juta sebulan membeli karya seni mahal untuk pacarnya.hadiah lain yang tak kalah mahalnya termasuk villa di Colorado dan dua lukisan karya Lucian Freud danFrancis Bacon sebesar $ 120 juta.
Harga : Biaya patung sekitar $ 14 juta.

3. Berlian Orlov 
Permaisuri Rusia Ratu Catherine memberikan hadiah mewah  pada Grigory Count Orlov, seorang komandan militer.Dia menghadiahkan 800 budak, membangun sebuah istana megah untuknya, dan dia negara bagian Gatchina dekat St Petersburg yang juga dihadiahkan padanya. Sebagai imbalannya, Count memberikan berlian unik yang besarnya separuh telur merpati, pada 1798. Berlian bernama Orlov dan dimasukkan ke dalam tongkatnya. Orlov dianggap tak ternilai harganya, .Berlian Orlov beratnya 198,62 karat dan berwarna biru-hijau.
Harga berlian Orlov 400.000 Rubel Rusia pada tahun 1798, tapi entah di masa ini

2. Permata Kohinoor
Awalnya ditemukan di Andhra Pradesh di India beberapa abad lalu, Kohinoor dianggap sebagai berlian terbesar yang pernah ditemukan.Seiring waktu, berlian ini milik harfiah raja yang memerintah India, sebelum akhirnya jatuh ke tangan Inggris.Inggris mengalahkan Maharajah Dhulip Singh dari Punjab, seorang keturunan raja besar Ranjit Singh dan mengklaim Kohinoor sebagai rampasan perang.  Namun, kemudian diatur bahwa berlian harus diberikan kepada Penguasa monarki Inggris, Ratu Elizabeth, oleh Maharajah Dhulip Singh sendiri.  Itu sebenarnya adalah tinjauan penaklukan, tapi catatan sejarah menulisnya sebagai hadiah.
Hari ini, satu once 186 1 /16 karat berlian adalah kurang dari setengah ukuran aslinya. Pada satu titik, Kohinoor menghargai berlian itu senilai dengan biaya pemeliharaan separuh dunia dalam sehari.
Harga : Karena nilai moneter berlian  Kohinoor tidak pernah didokumentasikan sampai hari, kita tidak memiliki petunjuk  yang jelas untuk menentukan harganya. Berlian ini dianggap tak ternilai harganya.
Namun, Reinkarnasi berlian Kohinoor adalah bagian paling penting dari permata untuk mahkota penguasa kerajaan Inggris, yang bernilai total saat ini adalah antara 10 miliar sampai 12.7  Milyar poundsterling
Karena Kohinoor adalah titik fokus utama dari koleksi ini, nilai dari berlian itu sendiri harus dalam miliaran poundsterling.

1. Taj Mahal
Taj Mahal yang indah ini telah dikatakan selama berabad-abad sebagai perwujudan abadi dari cinta sejati.
Struktur menakjubkan dibangun seluruhnya dari marmer putih dan merupakan pemandangan yang fantastis tatkala dilihat di bawah sinar bulan.Dibangun oleh Kaisar Shah Jahan untuk merayakan cintanya kepada istrinya tercinta Mumtaz , Taj Mahal merupakan bukti bisu pembuktian seseorang untuk pengabdian dan cintanya.Mumtaz Mahal, seorang putri Persia adalah salah satu cinta sejati Kaisar Shah Jahan. Dia meninggal ketika dia masih 39 tahun saat melahirkan anak ke-14 . Kematiannya lalu menghancurkan hati sang kaisar, yang membangun monumen ini , sebuah makam yang lebih indah daripada yang pernah ada sebelumnya, untuk menghormati keinginan terakhirnya.
Konstruksi dimulai tahun 1632 dan butuh waktu 22 tahun ,20.000 pekerja dan pengrajin untuk menyelesaikan makam raksasa ini.
Harga : Total biaya untuk membangun monumen besar ini diperkirakan sekitar 32 juta Rupee India pada waktu itu (1653)
 
 
sumber
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Februari 2014

Kerajaan Singapura Akan Bertindak Ke Atas Perusuh


SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyifatkan rusuhan di Little India pada Ahad malam sebagai ‘kejadian yang amat serius’ dan berkata kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.

“Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa,” katanya mengenai rusuhan itu dalam laman Facebooknya awal Isnin.

Beliau berkata beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.

“Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan,” katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.

Beliau turut mendoakan agar para pegawai polis yang cedera itu segera pulih.

Sepuluh pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan pada Ahad malam itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.

Dua puluh tujuh orang, kesemuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu. Tiada rakyat Singapura terlibat.

Menurut polis, pada pukul 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.

Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera.

Polis menggerakkan anggota Pasukan Khas Operasi dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan. Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan agar tidak keluar rumah.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean dalam satu kenyataan berkata: “Ini satu kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

“Keadaan kini terkawal. Polis akan bertindak tegas untuk memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata: “SCDF dimaklumkan pada pukul 9.25 malam mengenai satu kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Race Course dan Tekka Lane.

Sebaik tiba, seorang lelaki didapati terperangkap di bawah sebuah bas.

Seorang paramedik SCDF mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia. Para penyelamat SCDF mengeluarkan mayat dengan menggunakan peralatan hidraulik.

Projektil diberikan kepada pasukan penyelamat SCDF ketika mereka mengeluarkan mayat itu. Sebanyak sembilan kenderaan SCDF turut rosak dalam kejadian berkenaan.

Awal hari ini SCDF menghantar 18 orang termasuk empat anggota SCDF ke Hospital Tan Tock Seng.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum pada 1969 selama tujuh hari dan menyebabkan empat mati serta 80 orang cedera.

Little India merupakan tempat tumpuan popular rakyat asing dari benua kecil India, bersantai pada hujung minggu.- BERNAMA
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Februari 2014

Foto Unik Pernikahan Manusia Tertinggi di Dunia

 25 Feb 2013


Bao Xishun (lahir tahun 1951), seorang penggembala, salah satu manusia tertinggi di dunia (2,36 meter), berasal dari pedalaman Mongolia, Cina, menikahi seorang pramuniaga bernama Xia Shujuan yang tingginya dua pertiga dari dirinya dan setengah dari usianya, pada 12 Julai 2007. Saat itu Bao berusia 59 tahun dan Xia berusia 29 tahun. Tinggi Bao 2.36 meter sedangkan Xia 1.67 meter.

Upacara pernikahan dilakukan secara tradisi Mongolia di tempat pemakaman (mausoleum) Jenghis Khan yang berlokasi di daerah otonomi Mongolia, China. Upacara pernikahan ini disponsori oleh lebih dari 15 perusahaan















 suatudunia
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Februari 2014

Ubat pelik penyakit semput

HYDERABAD - Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.



Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.
Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.


Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.
Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.
Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. - Agensi


Jom tengok video pulak.

ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

10 Bangunan dengan Konstruksi yang Menajbubkan


Arsitek kondang, Cecil Balmond mengkategorikan sepuluh bangunan menjadi bangunan berkonstruksi paling menakjubkan sepanjang masa. Berikut bangunan yang menurut Deputy Chairman dari sebuah perusahaan pembangunan terbesar, Arup ini paling menakjubkan.

1. Jembatan Millau
Jembatan Millau ini dikenal sebagai "Jembatan Tertinggi di Dunia". Dengan tinggi tiang beton hingga 800 kaki, jembatan ini seolah diangun di atas awan dan melintasi lembah sungai Tarn, Perancis selatan.

Menurut Balmond, jembatan yang lebih tinggi dari Menara Eiffel ini memiliki desain yang berani dan membutuhkan teknik penghitungan tersendiri karena berisiko tinggi.

2. Kubah Brunelleschi
Brunelleschis Dome di Italia ini dibangun pada abad 15, tepatnya antara 1420-1436 Masehi. Kubah katedral Florence ini memiliki ketinggian lebih dari 140 kaki dengan konstruksi tanpa kerangka yang mendukung. Arsiteknya Filippo Brunelleschi menemukan cara yang sama sekali baru tentang berbagi beban sekitar kubah sehingga tidak akan retak.

3. Hagia Sophia
Hagia Sophia di Istanbul, Turki adalah tempat ibadah terbesar selama seribu tahun. Pembangunan kubah pada Hagia Sophia ini merupakan penemuan konsep transfer beban tidak langsung.

4. Delta Belanda
Banjir yang menewaskan 1.800 orang di Belanda pada 1953 tampaknya memberi pelajaran berharga bagi negeri kincir angin itu. Pemerintah memutuskan memblokir muara tertentu yang mengarah ke Antwerp dan Rotterdam.

5. Piramida Khufu
Selama hampir 4.000 tahun, Piramida Khufu adalah bangunan tertinggi di dunia sampai Katedral Lincoln dibangun pada sekitar 1300 Masehi.

6. "Selokan" Bazalgette
"Selokan" Bazalgette di London dibangun oleh Sir Joseph Bazalgette pada 1850. Sebagai chief engineer dari Dewan Metropolitan London, dia membangun saluran pembuangan air primer sepanjang 83 mil, 1.100 mil selokan jaman dan 13.000 mil untuk saluran pembungan air yang lebih kecil. Uniknya, semua saluran pembuangan itu dibuat di dalam tanah.

7. Colosseum
Colosseum yang dibangun di Roma memiliki empat lantai diatas tanah dan tiga di bawah tanah. Semuanya membentuk lengkungan yang ditumpuk satu sama lain dan mampu menampung hingga 50 ribu pengunjung.

8. Terowongan Channel
Konsepnya ingin menghubungkan dua negara. Ini merupakan ide yang luar biasa dengan membuat rel dengan panjang 67 mil dan dapat dilalui kereta berkecepatan tinggi. Terowongan ini menghubungkan selatan London dan Kent - Taman Inggris, Denmark ke Swedia, dan Macao ke Cina.

9. Terusan Panama
Terusan Panama sepanjang 48 mil atau 82 kilometer ini dibangun pada 1904-1914. Kanal yang menghubungkan Atlantik dan Pasifik ini membuat waktu tempuh kapal laut lebih cepat karena tidak perlu memutar lewat ujung selatan Amerika Selatan.

10. Burj Khalifa
Khalifa Burj adalah sebuah bangunan di Dubai dengan ketinggian 2.700 kaki. Bangunan ini memiliki sebuah inti yang menjadi pusat dan menopang seluruh bagian gedung.

Pembangunan gedung tersebut memperhitungkan efek primer dan efek sekunder. Efek primer seperti berat atau bobot bahan-bahan dan angin, sementara efek sekunder meliputi perubahan suhu, kelembaban, dan deformasi bawah beban.

sumber
ReadFull Article ..